Tuesday, March 18, 2014

Scampies / Udang Galah


Sukacita dimaklumkan, saya telah menambah keluaran terbaru iaitu scampies atau lebih dikenali dengan panggilan udang galah. Untuk makluman, udang ini dalam keadaan sejuk beku (frozen) tapi yang bestnya ia didatangkan bersama ais yang amat sedikit (zero ice) & paling penting rasanya yang segar serta tidak mengecewakan !

size 1/3   : RM7.00/100gm
size 8/10 : RM55.00/kg

*Diskaun lebih bagi pembelian yang lebih...


scampies / udang galah saiz 8/10



scampies / udang galah saiz 1/3
 


contoh masakan enak scampies / udang galah saiz 1/3 
 
 
 Berat purata seekor scampies / udang galah saiz 1/3 > 500-550gm


 Berat purata bagi sepeket scampies / udang galah saiz 1/3 > 1000-1600gm
 sepeket : 3 ekor
 
  
K e t a m  K u l i t  L e m b u t
http://softshellcrabkl.blogspot.com
Facebook  : ketam kulit lembut
Instagram : softshellcrabkl
Email         : softshellcrab84@gmail.com
 


 

Sunday, March 16, 2014

Maggi Kari Ketam Kulit Lembut

Hai,

Entri kali ni saya akan berkongsi pula resipi maggi kari ketam kulit lembut. Siapa tak suka makan maggi kan? Maggi ni makanan wajib untuk yang pernah duduk hostel masa belajar dulu2. Kalau dulu makan maggi masak dengan air panas je, sekarang ni kita upgrade maggi makan dengan ketam kulit lembut pulak. Kenapa dengan ketam kulit lembut? Sebab tak payah susah2 nak kopek ketam cari isi dan buang kulit...Senang! Bole makan semua sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 paket mee segera berperisa KARI (apa2 jenama pun bole, sila ikut selera anda)
3 ulas bawang putih
2 batang cili padi
2 atau 3 keping ketam kulit lembut (terpulang nak banyak mana ketam tu)
1 biji telur (optional)
Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan air didalam periuk, masukkan maggi dan tunggu sehingga kembang dan angkat maggi dan asingkan. Selalunya tak lama sangat, sbb maggi cepat masak.

2. Masukkan hirisan bawang putih,cili padi, sedikit garam dan perencah kari ke dalam periuk yang masak maggi tadi. Setelah perencah larut, masukkan pula ketam kulit lembut. Tunggu sehingga mendidih.

3. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur kedalam maggi.

Tadaa...!!! Dah siap maggi kari ketam kulit lembut.

Bole tengok contoh gambar bawah ni...

 


Selamat Mencuba!