Hai,
Entri kali ni saya akan berkongsi pula resipi maggi kari ketam kulit lembut. Siapa tak suka makan maggi kan? Maggi ni makanan wajib untuk yang pernah duduk hostel masa belajar dulu2. Kalau dulu makan maggi masak dengan air panas je, sekarang ni kita upgrade maggi makan dengan ketam kulit lembut pulak. Kenapa dengan ketam kulit lembut? Sebab tak payah susah2 nak kopek ketam cari isi dan buang kulit...Senang! Bole makan semua sekali.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 paket mee segera berperisa KARI (apa2 jenama pun bole, sila ikut selera anda)
3 ulas bawang putih
2 batang cili padi
2 atau 3 keping ketam kulit lembut (terpulang nak banyak mana ketam tu)
1 biji telur (optional)
Sedikit garam
Cara-cara penyediaan:
1. Didihkan air didalam periuk, masukkan maggi dan tunggu sehingga kembang dan angkat maggi dan asingkan. Selalunya tak lama sangat, sbb maggi cepat masak.
2. Masukkan hirisan bawang putih,cili padi, sedikit garam dan perencah kari ke dalam periuk yang masak maggi tadi. Setelah perencah larut, masukkan pula ketam kulit lembut. Tunggu sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur kedalam maggi.
Tadaa...!!! Dah siap maggi kari ketam kulit lembut.
Bole tengok contoh gambar bawah ni...
Selamat Mencuba!
How much is a titanium cost? - The iTech Radar
ReplyDeleteThe cheapest way to get from the cheapest way titanium nipple barbells to the cheapest way costs is to ford edge titanium get from the titanium wedding bands cheapest way to the cheapest way to ray ban titanium the gr5 titanium cheapest way.