Thursday, November 13, 2014

We are back in business!!!

Hi semua...

Kami dah kembali beroperasi seperti biasa..maaf kerana lama tak update blog.
Sekarang stok ketam kulit lembut sudah kembali!
Masih kekal dengan harga yang lama..dan kualiti yang terbaik.
Jadi, cepat-cepat sms 012-503 2414 untuk tempahan segera.

SEMUA jenis frozen seafood ada!

Bukan ketam kulit lembut sahaja, ada juga LOBSTER, KING CRAB dan lain2 lagi.
Boleh juga email order anda kepada softshellcrab84@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

p/s: Kami akan menunggu pesanan anda.

Saturday, October 11, 2014

Canadian Lobster


Walaupun stok ketam kulit lembut / soft shell crab agak terhad buat masa ini, (stok sedia bulan Nov 2014) tetapi kami masih mengeluarkan produk baru kami iaitu lobster yang berasal dari negara Kanada. (senang dipanggil Canadian Lobster)

Canadian Lobster memang diimport dari Kanada dalam keadaan sejuk beku. Ia perlu dimasak & bagi mendapatkan rasa yang segar, kami mengesyorkan agar lobster ini direbus. walaubagaimanapun ia terletak pada selera masing-masing bagi penggemar lobster atau bagi yang pertama kali ingin mencuba lobster ini.


Harga :

RM 9.00 (100gm)

Berat Purata : 1kg-1.5kg





Hubungi / email kami bagi tempahan atau info

Stok Soft Shell Crab / Ketam Kulit Lembut


Makluman

Buat masa ini kami kehabisan stok bagi ketam kulit lembut / soft shell crab. stok ini akan kembali semula pada pertengahan november 2014. Kelewatan stok ini adalah bertujuan bagi mendapatkan stok yang lebih segar & berkualiti tinggi disamping tempat simpanan yang lebih elok. (stok yang lain masih ada)

Sebarang persoalan / tempahan : softshellcrab84@gmail.com / 012 503 2414

Friday, September 5, 2014

King Crab

Salam sejahtera !

Dengan rasa bersyukur diatas kenikmatan yang diperolehi, maka seperti yang dijanjikan saya telah membuat penambahan produk iaitu > king crab !!!

King Crab, nama yang tidak asing bagi penggemar ketam.. lebih-lebih lagi bagi yang telah menonton rancangan televisyen iaitu discovery channel atau national geography. ketam berikut berasal dari lautan dalam di perairan negara Alaska

King Crab merupakan ketam yang berskala besar & mempunyai rasa isi yang enak. Yang bestnya, king crab boleh dimakan begitu sahaja melalui perahan lemon kerana king crab didatangkan dalam keadaan separuh masak. maka, terpulanglah untuk membuat pelbagai jenis masakan mengikut selera masing-masing..

Harga : RM 10.00 (100gm)
Berat purata seekor : 1.0-1.5kg





Anda mahu mencuba ??? pasti terliur kan... :-)

softshellcrab84@gmail.com






Monday, August 18, 2014

Scampies 5/7

Saya telah membuat pembahan produk untuk scampies iaitu jenis scampies 5/7. saiznya sama dengan 1 sudu (gambar disediakan). Harga pula RM5.00/100gm. Diskaun lebih bagi pembelian lebih !

Kualiti scampies berikut amat baik walaupun dalam keadaan frozen tp ia adalah zero ais ! so memang fresh !!!





Friday, August 8, 2014

Lamb Rack + King Crab + Canadian Lobster

Produk baru !

In Shaa Allah, awal september saya akan lancarkan produk baru iaitu :-

- Lamb Rack
- King Crab
- Canadian Lobster

Info lengkap beserta gambar akan dimasukkan dalam post seterusnya.. yeehaaaaaaa !!!

Tuesday, March 18, 2014

Scampies / Udang Galah


Sukacita dimaklumkan, saya telah menambah keluaran terbaru iaitu scampies atau lebih dikenali dengan panggilan udang galah. Untuk makluman, udang ini dalam keadaan sejuk beku (frozen) tapi yang bestnya ia didatangkan bersama ais yang amat sedikit (zero ice) & paling penting rasanya yang segar serta tidak mengecewakan !

size 1/3   : RM7.00/100gm
size 8/10 : RM55.00/kg

*Diskaun lebih bagi pembelian yang lebih...


scampies / udang galah saiz 8/10



scampies / udang galah saiz 1/3
 


contoh masakan enak scampies / udang galah saiz 1/3 
 
 
 Berat purata seekor scampies / udang galah saiz 1/3 > 500-550gm


 Berat purata bagi sepeket scampies / udang galah saiz 1/3 > 1000-1600gm
 sepeket : 3 ekor
 
  
K e t a m  K u l i t  L e m b u t
http://softshellcrabkl.blogspot.com
Facebook  : ketam kulit lembut
Instagram : softshellcrabkl
Email         : softshellcrab84@gmail.com
 


 

Sunday, March 16, 2014

Maggi Kari Ketam Kulit Lembut

Hai,

Entri kali ni saya akan berkongsi pula resipi maggi kari ketam kulit lembut. Siapa tak suka makan maggi kan? Maggi ni makanan wajib untuk yang pernah duduk hostel masa belajar dulu2. Kalau dulu makan maggi masak dengan air panas je, sekarang ni kita upgrade maggi makan dengan ketam kulit lembut pulak. Kenapa dengan ketam kulit lembut? Sebab tak payah susah2 nak kopek ketam cari isi dan buang kulit...Senang! Bole makan semua sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 paket mee segera berperisa KARI (apa2 jenama pun bole, sila ikut selera anda)
3 ulas bawang putih
2 batang cili padi
2 atau 3 keping ketam kulit lembut (terpulang nak banyak mana ketam tu)
1 biji telur (optional)
Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan air didalam periuk, masukkan maggi dan tunggu sehingga kembang dan angkat maggi dan asingkan. Selalunya tak lama sangat, sbb maggi cepat masak.

2. Masukkan hirisan bawang putih,cili padi, sedikit garam dan perencah kari ke dalam periuk yang masak maggi tadi. Setelah perencah larut, masukkan pula ketam kulit lembut. Tunggu sehingga mendidih.

3. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur kedalam maggi.

Tadaa...!!! Dah siap maggi kari ketam kulit lembut.

Bole tengok contoh gambar bawah ni...

 


Selamat Mencuba!

Friday, February 21, 2014

Saiz Ketam Kulit Lembut

Sebelum pembeli mendapatkan ketam kulit lembut ini. Ingin saya maklumkan terlebih dahulu bahawa saiz ketam ini agak kecil berbanding dengan saiz ketam biasa. Ini kerana ketam ini terus diangkat setelah bersalin kulit & diasingkan bagi menjamin kualiti ketam berikut.

Dari segi pandangan kasar memanglah isi ketam ini sedikit tapi secara logiknya adalah sama kerana ketam ini dapat dimakan bersama kulit berbanding dengan ketam biasa. Harga pula, mmg mahal sedikit sebab nama pun ketam, antara makanan laut kegemaran & ketam ini memerlukan penjagaan yang rapi dari segi isi & kulitnya sebab kulit kn boleh dimakan.. btol tak ??

Pemakanan ketam biasa agak rumit kerana perlu korek isi & perlu berhati hati kerana takut tertelan kulit ketam / luka. Dengan ketam kulit lembut, boleh makan dengan senang terutama bagi kanak-kanak.

Harga peket :

Sepeket     : RM 27.00 (4 ekor / 500gm)
3 peket >   : RM 26.00
20 peket > : RM 25.00

Pembelian secara pukal : 20 peket > (10kg) : RM 500.00

*Tiada minimum order

Harga penghantaran : RM 10.00 (sekitar lembah klang)



K e t a m  K u l i t  L e m b u t
http://softshellcrabkl.blogspot.com
Facebook  : ketam kulit lembut
Instagram : softshellcrabkl
Email         : softshellcrab84@gmail.com


Tuesday, February 4, 2014

Gambar Ketam Kulit Lembut (soft shell crab) & gambar masakan dari pelanggan







 
 
 
Contoh Gambar Masakan dari pelanggan :
 
 
 

 
K e t a m  K u l i t  L e m b u t
http://softshellcrabkl.blogspot.com
Facebook  : ketam kulit lembut
Instagram : softshellcrabkl
Email         : softshellcrab84@gmail.com 

Monday, February 3, 2014

Resipi Sup Ketam Kulit Lembut

Seperti yang dimaklumkan resipi sebelum ini, kali nie saya ingin berkongsi resipi sup ketam pula.. versi ketam kulit lembut

Bahan-Bahan :-
-Ketam semestinya !
-Bawang merah kecil yang dihiris halus
-Halia dihiris halus {sedikit}
-Bunga lawang & Buah Pelaga {secukupnya}
-Baby carrot
-Cendawan enoki
-Daun sup
-Bawang goreng
-Garam
-Air Secukupnya

Cara-cara :-

1. Tumiskan Bunga lawang & buah pelaga sehingga garing
2. Masukkan hirisan bawang merah & halia. Masakkan sehingga garing
3. Masukkan air & baby carrot
4. Tunggu sehingga mendidih & masukkan ketam dgn cermat (supaya ketam tidak hancur)
5. Masukkan garam secukup rasa & cendawan enoki
6. Renih selama 5-6 minit
7. Sup sedia dihidang bersama daun sup & bawang goreng

Selamat mencuba !!!


K e t a m  K u l i t  L e m b u t
http://softshellcrabkl.blogspot.com
Facebook  : ketam kulit lembut
Instagram : softshellcrabkl
Email         : softshellcrab84@gmail.com

Saturday, January 25, 2014

Resipi Ketam Kulit Lembut celup tepung

Salah satu resipi untuk menikmati keenakan serta kelazatan ketam kulit lembut adalah celup tepung / tempura. Yang paling best biler makan ketam ni, x perlu risau pasal tercekik kulit ketam / tangan luka... semua sekali boleh makan dengan hati yang tenang ! bawah ini, saya sediakan resipi  bagi memudahkan tuan / puan menyediakan masakan nie :-

Bahan-Bahan :-

-Tepung gandum secukupnya
-sebiji telur
-sedikit garam

Cara-cara :-

1. Bersihkan ketam dengan membuang kantung tahi ketam
2. Pukul telur bersama garam
3. celup ketam ke dalam adunan telur
4. kemudian celup pula ke dalam tepung
5. goreng seperti biasa sehingga garing / masak

p/s : Boleh juga menggunakan tepung ayam goreng  / tempura

Selamat menjamu selera !!!

  
K e t a m  K u l i t  L e m b u t
http://softshellcrabkl.blogspot.com
Facebook  : ketam kulit lembut
Instagram : softshellcrabkl
Email         : softshellcrab84@gmail.com


Sunday, January 5, 2014

Soft Shell Crab for sale / Ketam Kulit Lembut untuk dijual

Hai semua,

Pernah dengar / makan soft shell crab (ketam kulit lembut) ???
kalau dah, sila angkat tangan.. hahaha.. just joking !

to cut it short, saya ada menjual ketam kulit lembut.. so, sape2 yg suka sgt ketam nie atau ingin mencuba, boleh lah hubungi saya - 012 364 0173 / email - softshellcrab84@gmail.com

kalau sape2 yang tak pernah tengok ketam nie, sila lihat dibawah yer..






*next entry - resipi masakan ketam kulit lembut

Harga - RM 27.00 1 peket ( ada 4 ekor / 5 ekor bg ketam saiz kecil )
             Caj penghantaran - RM 10.00 bagi sekitar lembah klang

Untuk makluman, tiada minimum order ! Untuk menempah, sila hubungi saya.


K e t a m  K u l i t  L e m b u t
http://softshellcrabkl.blogspot.com
Facebook  : ketam kulit lembut
Instagram : softshellcrabkl
Email         : softshellcrab84@gmail.com